Friday, October 16, 2009

SAKSI CINTA telah lahir di bumi yg fana ini...akhirnya..


Sebenarnya..tajuk asal cite ni..
"Iskandar..Suratan, Kebetulan Atau Satu Kesilapan?."
Tapi sebab terlalu panjang pihak Alaf tak terima
lgpun katanya nama lelaki tak sesuai jd tajuk..
jadi..aku pun tukarla kpd beberapa tajuk lain spt,
LAUT JADI SAKSI
OH! KAMU?
 DAN SEBENARNYA..
ANDAI KU TAHU
dan bbrapa tajuk lain yg aku dah lupa..
tp malangnya semua tajuk tu kena reject..
atas sebab yg tak dpt dielakkan..
maka..akhirnya..
Alaf cadangkan tajuk ini..SAKSI CINTA..
okayla..janji ada gak perkataan saksi tu..hehe..
cuma.. kawan2 kata aku jiwang bila baca tajuk ni..
haha..lantakla..dah baca nanti diorang tau la..
tak la jiwang sangat..sikit2 je..
Romantik Komedi la..


BLURB 1


ISKANDAR
            Mengenali wanita bernama Juliana seakan satu anugerah yang Allah telah berikan kepadanya sekeluarga. Kehadiran Juliana telah menceriakan kehidupannya dan disayangi seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Mengenali Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab. Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hatinya. Dia tak perlu berteka-teki lagi kerana dia yakin dia telah bertemu dengan wanita yang dicari-carinya selama ini. Dia rela hidup bersama Maya walaupun kehidupannya selepas itu tidak semudah dan seindah ketika bersama Juliana.



JULIANA
            Juliana tidak berminat dengan lelaki itu. Namun setelah mengetahui lelaki itu bernama Iskandar, segala-galanya berubah. Hanya kerana sebuah nama dan sebuah peristiwa yang berlaku sejurus sebelum insiden kemalangannya dengan Iskandar, Juliana telah mengubah persepsinya terhadap lelaki itu. Kini, dia yakin Iskandarlah lelaki yang telah Allah jodohkan untuknya. Dia sanggup memperjudikan nasibnya untuk memiliki lelaki asing yang baru hadir dalam hidupnya itu. Hanya ada nama Iskandar yang terpahat di dalam hatinya sehinggalah berlaku satu peristiwa yang benar-benar telah mengejutkan wanita itu.. Sesuatu yang amat sukar untuk diterima akal dan fikirannya.



MAYA
            Dia bukan perampas. Dia sekali-kali tak pernah mengkhianati sahabat sendiri. Kalau diizinkan Tuhan, dia mahu membahagiakan semua orang yang berada di sekelilingya. Dia rela melepaskan apa-apa sahaja yang menjadi miliknya kerana.. Dia sedar, wanita sepertinya tak layak untuk memiliki apa-apa.. Malah apa yang dimilikinya kini bukan benar seperti apa yang dilihat orang. Hakikatnya dia tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Biarlah dia sahaja yang berkorban.. Biarlah orang lain menikmati kehidupan mereka.. Dia telah lali menghadapi semua ini.. Kehidupannya telah lama tercalar dan sepi..

ADAM
            Menjalani kehidupan yang selesa dan sempurna membuatkan dia hidup tanpa perlu memikirkan tentang orang lain. Dia menyangka kehidupannya telah sempurna dan  menganggap telah melakukan yang terbaik untuk orang-orang yang disayanginya. Namun pertemuannya dengan Juliana telah membuka matanya bahawa apa yang disangka dan dianggapnya itu bukanlah semuanya benar.. Juliana menyedarkan Adam tentang prinsip dan hala tuju hidupnya. Juliana juga telah menyedarkan Adam bahawa apa yang telah dia aturkan untuk masa depan Maya adalah salah sama sekali.. Dan yang lebih penting.. Kehadiran Juliana dalam hidup Adam telah menyedarkan lelaki itu bahawa, Farah bukanlah  wanita yang bertakhta di hatinya..

Dapatkah Juliana menawan hati Iskandar?
Sanggupkah Iskandar berhadapan pelbagai rintangan untuk bersama Maya?
Adakah Maya akan menemui kebahagiaan dalam hidupnya atau terus berkorban?
Bagaimana pula dengan Adam? Benarkah bukan Farah yang bertahta di hatinya? Jika bukan, siapa? Nurul Ain? atau Juliana? Tapi.. Adam bukan seseorang yang istimewa di hati Juliana..


BLURB 2

ISKANDAR
Persahabatan kita dulu.. Adakah tak memberi apa-apa makna pada kau June? Adakah semuanya berlaku kerana satu kesilapan semata-mata? Biarpun pada kau, mengenali aku adalah satu kesilapan.. Tapi bagi aku, mengenali kau adalah satu anugerah yang Allah beri pada kami sekelurga. Mungkin kau tak sedar.. Kehadiran kau sebenarnya telah memberi satu sinar baru dalam keluarga kami. Kau dah tawan hati seluruh ahli keluarga aku..
            Pertemuan kita bukan satu kesilapan June.. Tapi untuk saling melengkapi.. Kita saling memerlukan.. 
Tak sedarkah kau June?

JULIANA
Tulisan yang tertera di belakang kanvas putih itu seakan menghentikan degupan jantung Juliana. Dia terkejut. Sangat terkejut! Kata-kata, tempat dan tarikh yang tertera di belakang gambar berlatarkan permandangan di tepi laut itu mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang tak pernah dilupainya sepanjang tempoh berada di perantauan. Tanpa Juliana sedari airmatanya jatuh bercucuran tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Dia mahu menjerit. Menjerit sekuat hati.. Segala yang berlaku langsung tidak terlintas di fikirannya. Ya Allah! Juliana mengetap bibir. Kini seluruh anggota badannya menggigil dan menggeletar.. Sekali lagi aku tersilap.. Sekali lagi kehadirannya tidak aku sedari!!


ADAM
Saya sedar.. Saya sedar yang saya tak pernah ada di mata awak.. Sebab itulah, awak sentiasa tidak menyedari kehadiran saya di sisi awak.. Awak sentiasa akan melihat orang lain dahulu sebelum awak menyedari kehadiran saya. Saya sentiasa dibayangi orang lain di mata awak. Awak tak tahu betapa sakitnya menjadi Adam dalam hidup awak. Saya buat macam-macam perkara untuk membahagiakan awak.. Tapi sayangnya.. Awak tak menyedari semua tu.. Apatah lagi untuk menghargainya.. Dari situ saya tahu yang saya tiada di mata awak.. Apatah lagi di hati awak..

MAYA
Biarlah.. Biarlah ego ini jatuh.. Biarlah maruah ini tercalar, tiada apa yang harus dipertahankan lagi.. Kerana ianya telah lama begitu. Aku bukan perampas kebahagiannya.. Bukan.. Aku bukan!…Dia berhak menikmati hidupnya… Aku? Biarlah aku begini.. Hidup aku dah lama begini. Aku tak punya siapa-siapa di sini. Aku bukan sahabat baik kepada sesiapa, aku bukan kekasih kepada sesiapa. Aku bukan kepunyaan sesiapa di dunia ini..Cuma aku mungkin bergelar adik kepada seseorang. Selain itu, aku tiada apa-apa lagi kepentingan di sini..
                                                                                                 

No comments:

Post a Comment