Tuesday, October 20, 2009

REVIEW PEMBACA

ULASAN PEMBACA TENTANG 'SAKSI CINTA'

DI COPY DARI FACEBOOK ALAF21

MuRni AqiLa
jiwa merindu moon yg edit smp siap jd buku. saksi cinta moon proof read. dua2 mmg best. mmg puas hati walaupun dua2 penulis baru. tp x mcm penulis baru. =D


OLEH : ALIFF AZRIN di http://aliffazrin.blogspot.com
            
Sebuah lagi novel adik-beradik Trio Novel bagi bulan September. Entah kenapa sewaktu novel ini mula diuar-uarkan di laman sesawang Alaf 21, aku begitu teruja untuk mendapatkannya. Tapi nasib tidak menyebelahiku, berada di Seremban pada dua minggu tersebut, membuatkan cukup sukar untuk aku mendapatkan SAKSI CINTA, dua tiga kali aku menjenguk Popular di Terminal One namun bayang SAKSI CINTA masih tidak kelihatan. Baharulah minggu ini, SAKSI CINTA menjengukkan mukanya di Popular Terminal One dan aku terus mencapainya dan berlari keluar...hehehehe... Of courselah bayar dulu and part berlari tu takdelah, saja je kasi gempak!

Saksi Cinta adalah karya daripada penulis baharu Wana Amani, bagi yang nak mengenali beliau, silalah ke blog beliau (klik di sini). Membaca sahaja sinopsisnya, aku agak teruja untuk memulakan pembacaan. Cerita yang simple namun cukup membuatkan aku tertarik untuk membacanya. Nak tahu sinopsis? silalah ke laman sesawang Alaf 21.

Gaya penulisan Kak Wana cukup santai dan simple serta mempunyai stail yang tersendiri. Anda akan dikenalkan dengan watak-watak yang bakal menceriakan hati anda seperti Julianna (teraju utamanya), Sue Yi, Iskandar, Maya dan Adam. Setiap watak ini dilakar dengan cukup bersahaja dan teliti. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga membuatkan kita dapat merasai dan menghayati setiap emosi dan perasaan watak-watak SAKSI CINTA ini. Namun dalam kesemua watak yang terdapat dalam SAKSI CINTA ini, secara jujurnya aku sangat menggemari watak JUNE @ Julianna dan Adam. Kedua-dua watak ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan Kak Wana berjaya menghidupkan kedua-dua watak kegemaran aku ini. June yang sangat ceria, kelam-kabut, tak prihatin dan kelakar, berbeza pulak dengan Adam ; lelaki dingin yang sombong. Memang Kak Wana berjaya melakar kedua-dua watak ini dengan baik.

Jalan cerita SAKSI CINTA pulak sangat simple, teratur dan menarik serta mudah untuk difahami. Plotnya juga agak tersusun dan walaupun terdapat banyak watak, ianya tidak menyerabutkan jalan cerita malah mempunyai kesinambungan di antara satu sama lain. Hampir 60 % perjalanan ceritanya akan membuatkan anda ketawa dan tersenyum sendirian. Part sedih juga turut melatari jalan cerita SAKSI CINTA dan dapat mengimbangi jalan ceritanya dengan baik sekali. Memang tampak jelas, SAKSI CINTA ini mendapat suntikan drama Korea yang optimal. Maksudnya, bagi yang meminati drama-drama Korea, membaca SAKSI CINTA akan membuatkan anda terasa seperti menonton drama Korea.

Oh ya! Kak Wana juga berjaya menonjolkan unsur suspen dan suprise dengan baik. So toloonglah jangan terpedaya seperti aku. What you think is not how the story goes. Sewaktu aku membaca, aku dengan mudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku atau membuat kesimpulan dengan mudah. Tapi akhirnya, aku yang tertipu! Hush... So, Kak Wana berjaya mempermainkan pembaca macam aku. Hahahaha... One more thing, toloonglah jangan terpedaya dengan sinopsis SAKSI CINTA, kerana ia sungguh berlainan dan janganlah berlagak dengan mengatakan "Aku dah dapat agak how the story goes." Kerana apabila anda membaca, anda akan mendapati kelainannya.

So bagi aku, sebagai penulis baharu, Kak Wana wajar dipuji dengan SAKSI CINTAnya ini. Beliau mempunyai stail penceritaan yang tersendiri dan tidak dibayangi oleh penulis-penulis lain. Gaya penulisan yang bersahaja dan dipenuhi dengan unsur-unsur lelucon serta mendapat suntikan drama Korea menjadi kekuatan SAKSI CINTA. Tahniah buat Kak Wana Amani and semoga terus menghasilkan novel yang sebaik atau lebih baik daripada SAKSI CINTA... aku juga akan menjadi salah seorang pengikut beliau! That my promise. So, as usually FOUR STARS for SAKSI CINTA. Keep It Up sis!

wana amani says: =)

No comments:

Post a Comment